Friday 29 July 2011

BERDOA DI BULAN RAMADHAN


Assalamualaikum  


Apa khabar anda pada hari ini? Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan Mubarak.

Ramadhan hampir tiba. Selain menjadi bulan puasa, ia adalah bulan Quran dan doa.

Doa dikaitkan dengan ciri kehambaan.


Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (40:60)


Allah menjelaskan hal doa selepas puasa dan Quran dalam Surah al-Baqarah. Allah menggunakan istilah 'hambaKu' dalam ayat ini, menjelaskan bahawa jika seseorang itu berdoa, ia akan dekat dengan ciri seorang hamba:


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (2:186)


Apakah natijah doa? Kalau puasa melahirkan taqwa, doa melahirkan kemampuan untuk berada pada jalan yang baik dan betul. Setiap detik langkah mendapat petunjuk atau irshad daripada Allah. Individu yang jarang berdoa akan mempunyai kemampuan menaakul permasalahan hidup yang tumpul. 

Moga Ramadhan tahun ini meningkatkan TAQWA, SYUKUR dan IRSHAD dalam diri kita.

Monday 9 May 2011

Solat??? Cu tanya IMAN....

 
       بسم الله الرحمن الرحيم                                            
       
                                 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama   serta jadikan panduan   dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer   dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular  yang berwarna Hitam  sebesar peha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain   yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam  memandu dari situ (8 km Jauhnya)  . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan  serta mengangkat ular  tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit   dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya Ular Hitam  itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka). 

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah  itu … Subhanallah. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.


Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..



"pesanan untuk diri dan sahabat2...jagalah solat kerana ia adalah kunci bahagia atau sengsara kita di duna dan akhirat.."

ok, Salam Sayang!!=D